Sunday, May 23, 2010

SEKADAR RENUNGAN

BAKTI ADALAH SEWA YANG KITA BAYAR UNTUK HIDUP DI DALAM DUNIA KITA

NATHAN ELDON TANNER
Assalamulalaikum wm.wbth
Kepada semua Ketua Panitia di bawah Bidang Kemanusiaan,

Saya ingin mengucapkan tahniah kerana telah berjaya menyiapkan soalan bagi Peperiksaan Semester 1/2010

Saya juga mengharapkan agar guru-guru semua prihatin dengan jadual waktu semasa peperiksaan agar tidak terlambat untuk masuk ke kelas masing-masing. Awasilah anak didik kita dengan penuh dedikasi, semoga mereka berjaya dengan cemerlang.

Sayugia diingatkan agar semua ketua panitia mengingatkan anak buah masing-masing agar menyiapkan kerja yang perlu dhantar sebelum cuti semester pertama terutamanya:

i. Laporan panitia
ii.Mengemaskini fail masing-masing
iii. Tugas-tugas perkeranian untuk melicinkan pentadbiran
iv. Soalan-soalan peperiksaan hendaklah difailkan dalam Bank soalan beserta skema jawapan masing-masing

23 Mei 2010

Monday, February 15, 2010

MAKLUMAN

1.Panitia yang telah dicerap setakat ini ialah Panitia Pendidikan Islam iaitu Cik Ummi Hamidah Jusoh diharap panitia yang lain dapat bersedia untuk dicerap. Sila rujuk Takwim Bidang Kemanusiaan 2010.

2. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Seni Visual kerana telah menghias Bilik Pendidikan Seni Visual bertemakan Tahun Baru Cina 21010.

3. Tanhniah kepada Panitia Sejarah kerana telah mempamerkan sudut maklumat di pondok sejarah.

4. Kepada ketua panitia yang belum menghantar minit mesyuarat sila berbuat demikian selewat-lewatnya minggu 8/2010 selepas cuti tahun baru cina.
5. Tahniah kepada panitia yang telah menghantar dokuman seperti yang dikehendaki dalam Memo I. Panitia yang belum menghantar sila berbuat demikian dengan kadar yang segera.

5. Sila kemaskinikan fail ketua panitia masing-masing untuk penghantaran suku tahun 20101.

6. Kepada semua ketua panitia sila ingatkan anak buah untuk penyediaan soalan ujian 1 (bulan mac 2010).

7. Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2010 terutama kepada guru-guru berbangsa Tionghua di sekolah ini.
FIKIR-FIKIRKANLAH!

"pelanggan kita tidak bergantung pada kita, kita yang bergantungkepada pelanggan kita. Pelanggan tidak pernah menggangu kerja kita. Mereka adalah tujuan kerja kita. Kita tidak melakukan sesuatu dengan memberikan perkhidmatan kepada mereka tetapi merekalah yang memberikan kita peluang bagi melakukan sesuatu. Pelanggan kita tidak benar pada setiap masa tetapi pada setiap masa mereka adalah pelanggan kita. Siapakah pelanggan kita? Mereka adalah orang yang bergantung pada kerja anda".

Caterpillar
SEKADAR RENUNGAN:

" Masalah dalam perubahan hal ehwal manusia adalah sukar dikenal pasti kerana ia berlaku sepanjang masa, sewaktu perubahan berlaku, kita sering tidak memahaminya dan apabila kita mula memahaminya, ia sudah menjadi sejarah"

Ralf Dahrendorf

"Perubahan itu adalah tanda kehidupan"
Evelyn Waugh
"Kemajuan mustahil dicapai tanpa perubahan dan mereka yang enggan mengubah fikiran mereka tidak boleh mengubah sesuatu apa pun"

George Bernard Shaw
"Seorang pemimpin adalah seorang yang mampu memberikan harapan"

Napoleon Bonarparte
Kata-kata aluan Ketua Bidang Kemanusiaan:

Assalamulaiakum Wm.Wbth dan selamat sejahtera,
Syukur alhamdullillah kita berjumpa lagi dalam blog Bidang Kemanusiaan buat julung-julung kalinya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan pembinaan blog ini sebagai wadah untuk kita bertukar-tukar fikiran dan berkongsi ilmu pengetahuan. Sesungguhnya dalam era ICT ini blog seumpama ini amat diperlukan agar maklumat lebih cepat diperolehi dan marilah kita sama-sama memanfaatkan blog ini untuk kemajuan sekolah. Sokongan dan buah fikiran anda semua amat diperlukan agar kita dapat mencapai visi dan misi sekolah kita. Akhir kata selamat maju jaya untuk semua. Sekian wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum wm. Wbth.
CARTA ORGANISASI BIDANG KEMANUSIAAN SMK.ST.JOHN 2010

PENGETUA: PN. NGIAM ENG HONG
PENOLONG KANAN 1 : PN. FOO YEE YUN
KETUA BIDANG KEMANUSIAAN: PN. SITI MARDZIAH ABDULLAH
SETIAUSAHA: CIK DAYANG NORASLINAH MARDIN
KETUA PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL: PN. SALMAH EKI
KETUA PANITIA GEOGRAFI: PN. KUSNAH @ GOERGIE ANNA JIKAR
KETUA PANITIA PENDIDIKAN MORAL: CIK HELDA JUSTIN
KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM: CIK UMMI HAMIDAH JUSOH
KETUA PANITIA SEJARAH: CIK DAYANG NORASLINAH MARDIN
KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN: PN. DOREEN PETER
KETUA PANITIA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN: CIK IMME SAMUIL
BUKU INVENTORI: CIK NURZARINAH UMIN