Sunday, May 23, 2010

Assalamulalaikum wm.wbth
Kepada semua Ketua Panitia di bawah Bidang Kemanusiaan,

Saya ingin mengucapkan tahniah kerana telah berjaya menyiapkan soalan bagi Peperiksaan Semester 1/2010

Saya juga mengharapkan agar guru-guru semua prihatin dengan jadual waktu semasa peperiksaan agar tidak terlambat untuk masuk ke kelas masing-masing. Awasilah anak didik kita dengan penuh dedikasi, semoga mereka berjaya dengan cemerlang.

Sayugia diingatkan agar semua ketua panitia mengingatkan anak buah masing-masing agar menyiapkan kerja yang perlu dhantar sebelum cuti semester pertama terutamanya:

i. Laporan panitia
ii.Mengemaskini fail masing-masing
iii. Tugas-tugas perkeranian untuk melicinkan pentadbiran
iv. Soalan-soalan peperiksaan hendaklah difailkan dalam Bank soalan beserta skema jawapan masing-masing

23 Mei 2010

No comments:

Post a Comment